CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PENGENALAN LUKISAN TEKNIK

Lukisan Teknik juga dikenali sebagai lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan.

Lukisan kejuruteraan merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan ringkas.

Ia juga merupakan lukisan garisan yang terdiri daripada garisan lengkung dan lurus. lukisan kejuruteraan juga mempunyai simbol, konvensyen dan kepiawaian tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan mengapa piawaian itu penting adalah kerana untuk memudahkan komunikasi dengan mereka yang terlibat dalam bidang kejuruteraan dan menyeragamkan dari segi garisan, simbol, kaedah mendimensi dan sistem unjuran.


Terdpat juga Agens yang terlibat di Malaysia dan luar negara yang bertanggungjawab menentukan kepiawaian tersebut:

a) SIRIM
b) Kepiawaian British (BS)
c) Institut Kepiawaian Kebangsaan Amerika (ANSI)
d) Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa (ISO)
e) Piawaian Industri German (DIN)


Garisan Kerja

Memberikan keterangan dan maksud tertentu. membolehkan pembaca lukisan memahami keterangan kandungannya melalui pembacaan berbagai-bagai jenis garisan..Setiap garisan hendaklah mengikut ketebalan seperti yang dicadangkan dalam piawaian:terdapat enam garisan yang utama.


Garisan Sempadan

Garisan ini akan dilukis secara tebal sekali dalam lukisan. Ia digunakan untuk bentangan kertas lukisan iaitu untuk melukis sempadan dan petak tajuk pada kertas lukisan. Ia boleh dilukis dengan pensel HB atau B.


Garisan Objek

Adalah garisan yang dilukis tebal, hitam serta jelas dan kemas. Biasanya dengan pensel HB.Ia digunakan untuk menunjukkan susur sesuatu objek yang dapat dilihat .

Garisan Binaan

Adalah garisan yang dilukis nipis dan halus sekali dalam lukisan. Kebiasanya dilukis dengan pensil 3H atau 4H.Ia digunakan untuk permulaan pembentukan sesuatu objek Garisan-garisan ini tidak perlu dipadam jiga berlaku kesalahan.


Garisan Keratan


Adalah garisan yang dilukis nipis tetapi jelas. Biasanya dengan pensil 2H.Garisan ini dilukis secara condong biasanya pada sudut 45ยบ dari mendatar Ia menunjukkan permukaan yang dipotong pada pandangan keratan


Garisan Terlindung

Garisan yang dilukis dengan sederhana tebal dan hitam. Biasanya dengan pensel 2H. Ia dilukis putus-putus dan mempunyai sengkang-sengkang pendek yang diatur sama jarak di antara satu sama lain. Garisan ini digunakan untuk menunjukkan susur sesuatu bentuk objek yang tersembunyi dari permukaan.
 

0 comments: