CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

ORTOGRAFIK 

  • Unjuran ortografik merupakan satu sistem yang digunakan dalam bidang kejuruteraan untuk menerangkan bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa peralatan kejuruteraan.  
  • Ia adalah merupakan sistem banyak pandangan dimana keseluruhan bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa mempengaruhi dimensi objek yang sebenar. 

Konsep Asas Unjuran Ortografik 

- Konsep asas unjuran ortografik akan dapat difahami dengan bantuan aktiviti berikut:
    1. Bayangkan anda memerhatikan bongkah dadu di bawah daripada arah pandangan A. Bahagian permukaan dadu yang dapat dilihat adalah bernombor 2.
    2. Pemerhatian bongkah dadu tersebut daripada arah pandangan B pula membolehkan kita melihat permukaan yang bernombor 6.
    3. Apabila arah pandangan dialihkan kepada C, permukaan dadu yang kelihatan pula ialah 3.
     
    Rajah  1: Pelbagai arah pandangan terhadap permukaan dadu


    - Apabila memerhatikan sesuatu objek, pastinya kita dapat melihat bentuk objek tersebut dalam pelbagai pandangan sama ada dari atas, sisi atau hadapan.


    - Setiap pandangan akan mendapat gambaran bentuk yang berbeza walaupun mewakili objek yang sama. Oleh itu, unjuran ortografik cuba melukiskan ketiga-tiga pandangan asas ini bersama bagi menjelaskan rupa bentuk sebenar sesuatu objek.

    - Sebagai contoh, melalui unjuran ortografik, ketiga-tiga arah pandangan terhadap bongkah dadu di sebelahakan digabungkan seperti dalam Rajah 1 di bawah:


     
     
    Rajah 1:Unjuran ortografik permukaan dadu

    - Tiga arah pandangan yang utama dalam unjuran ortografik ialah pandangan hadapan, pandangan pelan dan juga pandangan sisi.

     Definisi Ortografik

    • Secara lebih tepat unjuran ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah – satah yang  biasanya bersudut tepat diantara satu dengan lain. 

    Tujuan Lukisan Ortografik

    • Tujuan unjuran lukisan ini untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi

    Kepentingan Lukisan Ortografik

    • Penggunaan unjuran ini amat meluas sekali terutama dalam topik lukisan keratan, lukisan mesin dan lukisan pemasangan.

    Melukis Unjuran Ortografik

    a. Membina unjuran ortografik asas (permukaan rata).



     

     

    b.    Membina unjuran ortografik melibatkan permukaan condong dan garisan tersembunyi.


     

     

    c. Membina unjuran ortografik melibatkan permukaan lengkuk atau bulatan.

     

     

     





    0 comments: