CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

PEMBENTUKAN BENTUK 


  • Dalam industri banyak objek yang berbentuk rumit, yang mana memerlukan lebih daripada satu pandangan untuk menunjukkan bentuk objek tersebut.

  • Lukisan piktorial atau lukisan bergambar (three dimensional) kerap kali digunakan oleh orang-orang yang tidak memahami teknikal, tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan teknikal,  lukisan yang paling sesuai digunakan adalah lukisan pelbagai bentuk (multiview projection) yang juga dikenali sebagai lukisan ortografik (orthographic projection). 

LUKISAN PELBAGAI BENTUK
  • Apabila memerhatikan sesuatu objek,  pastinya kita dapat melihat bentuk objek tersebut dalam pelbagai pandangan sama ada dari atas (A), sisi (B) atau hadapan (C). Setiap pandangan akan mendapat gambaran bentuk yang berbeza walaupun mewakili objek yang sama. Oleh itu unjuran ortografik cuba melukiskan ketiga-tiga pandangan asas ini bersama bagi menjelaskan rupa bentuk sebenar sesuatu objek.

PANDANGAN PADA SATAH UNJURAN YANG BERLAINAN KEDUDUKAN


LUKISAN ISOMETRI

  • Konsep lukisan isometri ialah ia adalah lukisan yang mempunyai pandangan 3 sisi yang dapat dipandang iaitu panjang, lebar dan tinggi.
  • Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, paksi Y dan paksi Z. Paksi X dan paksi Y adalah condong 30º dari paksi mendatar.
  • Ukuran diambil dari lukisan ortografik dan dipindah ke paksi yang berkenaan.
 
  
Kedudukan sudut Isometri
 

    0 comments: