CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

UNJURAN SUDUT KETIGA

  • Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran Amerika. Kini penggunaannya telah meluas di serata dunia. 
  • Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah-satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah-olah diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah-satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C. 
  • Ketiga –tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti rajah di bawah.
Rajah 4: SIimbol unjuran sudut ketiga


Rajah 1.1 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga
 


UNJURAN SUDUT KETIGA



CARA - CARA MELUKIS SUDUT UNJURAN KETIGA

1) Sediakan alat tulis yang berkaitan untuk melukis seperti pembaris, pensil, pemadam dan kertas.

2) Lukiskan sudut unjuran ketiga daripada apa yang telah dilihat dari gambar rajah.

3) Tentukan sudut 45 darjah berdasarkan arah pandangan objek.

4) Lukis pandangan hadapan objek bertentangan dengan sudut 45 darjah berdasarkan arah pandangan soalan gambar rajah.

5) Unjurkan arah pandangan hadapan ke arah kanan beradasarkan bucu-bucu dari lukisan pandangan hadapan. Unjurkan juga keatas untuk melukis pelan.

6) Lukis pandangan sisi objek berdasarkan ukuran sebenar.

7) Unjurkan bucu pandangan sisi keatas.

8) Lukis pelan dari pandangan atas objek.

9) Selepas itu, label pandangan pelan/atas, sisi dan hadapan. 


Gambar Rajah 1


 Lukisan Unjuran Sudut Ketiga yang telah dihasilkan dari Gambar Rajah 1

0 comments: