CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

JENIS DAN PAKSI ISOMETRI

Jenis Isometri

  • Lukisan Isometri - disiapkan menggunakan skala biasa 1:1
  • Unjuran Isometri  - disiapkan menggunakan skala isometri ( skala khas 80% pada garisan isometri sahaja) 

      Skala Isometri

      Pembinaan Skala Isometri

       1) Lukiskan garisan 45 darjah menggunakan pembaris biasa dan tandakan ukurannya.
       2) Lukiskan garisan 30 darjah
       3) Pindahkan ukuran ke garisan 30 darjah.


      Garisan Dan Paksi Isometri

      Garisan Isometri

      Sebelum mengetahui tentang jenis-jenis paksi, kami akan memberitahu serba sedikit tentang garisan isometri. Terdapat dua jenis garisan iaitu  : -




       a) Garisan Isometri = Semua garisan yang selari dengan paksi-paksi isometri.





       b) Garisan Bukan Isometri = Garisan yang tidak selari dengan paksi-paksi isometri.


      Jenis - Jenis Paksi Isometri



                                                             Beberapa Kedudukan Paksi Isometrik


      Isometri mempunyai 3 paksi yang boleh diputar pada sebarang keadaan tetapi mesti  berkedudukan 120 darjah antara satu sama lain.


      • Paksi biasa
                 - Butiran isometri di sebelah atas objek dilukis dengan lebih jelas.
                 - Garisan isometri dilukis bersudut 30 darjah dengan garisan mengufuk dan titik x 
                   adalah titik terendah.

      • Paksi panjang
             
               - Sesuai untuk menggambarkan objek yang panjang.         
               - Satu daripada paksi isometri selari dengan garisan mengufuk. 
               - Garisan condong dilukis 120 darjah daripada garisan mendatar.

      • Paksi terbalik 
               - Butiran isometri di sebelah bawah ditunjukkan dengan lebih jelas.
               - Garisan isometri dilukis bersudut 30 darjah dengan garisan mengufuk.  


      0 comments: