CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

KAEDAH PEMBINAAN LUKISAN ISOMETRI

Cara Melukis Lukisan Isometri




 Langkah Pertama:

 
  • Dengan menggunakan sesiku  30 darjah / 60 darjah dan sesiku T, bina paksi isometrik.
  • Gunakan pensel untuk melukis garisan binaan.
  • Garisan mestilah halus dan ringkas.


    Langkah Kedua :
    •  Lukiskan sebuah kotak isometrik mengikut panjang, lebar, dan tinggi keseluruhan objek di atas garisan paksi utama AB, AC, dan AD.


      Langkah Ketiga :
      • Tandakan ukuran bentuk sebenar objek itu pada kotak isometrik yang dibina.


        Langkah Keempat :
        • Hitamkan garisan objek sebenar dengan menggunakan pensel.



          Cara Melukis Bulatan Dalam Isometri

          • Bulatan pada garis finiti akan wujud sebagai sebuah elips dalam pandangan isometrik. 
          •  Di dalam kesemua rataan isometri, bahagian yang berbentuk bulatan akan berupa elips.
          • Terdapat tiga cara untuk melukis elips seperti yang ditunjukkan dalam rajah-rajah dibawah:

            CARA 1
            • Ini adalah cara pengalihan ordinat X dan Y dari bulatan pada pandangan garis finiti ke unjuran isometrik.  
            • Ordinat pada salah satu kuadrant sahaja yang perlu dialih kerana yanglain itu sama sahaja jaraknya.  
            • Titik itu kemudian dicantumkan dengan menggunakan pembaris lengkok. 

              CARA 2
              • Dalam cara ini, sebuah segi empat sama dilukis mengelilingi bulatan serta ditambah satu garisan pepenjuru.Kemudiansegiempat ini dilukiskan pada unjuran isometrik. 
              • Akhirnya,kelapan-lapan titik elips diperolehi dengan cara menyilangkan garisan penengah dan garisan pepenjuru dengan bulatan X adalah ordinat yang diletakkan pada garisan pepenjuru. 
              • Elips ini disempurnakan dengan menggunakan pembaris lengkok.

                CARA 3


                • Cara ini digunakan ketika melukis suatu elips. 
                • Apabila melukis sebuah silinder, titik elips boleh didapati dengan ketiga-tiga cara ini. 
                • Kemudian elips pada tapak boleh dibentuk dengan cara pengalihan terus.


                0 comments: